Wednesday, October 26, 2011

Luahan Perasaan!!!

Dalam setahun ada 365 hari.. Kenapa dengan 365 hari??
Aku kerja.. Pelik ka?? aku kerja setiap hari.. 


untuk apa?? 
untuk siapa??
 mau tau?? 


aku kerja untuk apa?? 
kerja setiap hari untuk dapat gaji. Ini disebabkan gaji yang aku perolehi berdasarkan jumlah hari aku bekerja.. 
kerja lebih kurang 11 jam tanpa waktu rehat.. 
penat.. 
Hanya rehat apabila hendak solat.. 
kawan yang tidak solat tidak rehat lah kan.. namun, aku tetap mengajak mereka untuk solat.. 
Alhamdulillah, ada yang berubah dan solat.. Amin.. 


aku kerja untuk siapa?? 
kerjaku ini adalah untuk tidak bergantung kepada kedua ibu dan bapaku.. 
aku kerja untuk mendapat hasil keringatku.. 
aku kerja apabila mendengar impian ibuku.. 
apa impian ibuku?? 
setiap kali melihat insan-insan yang mendapat seru untuk menunaikan Haji, pasti ibuku akan berkata "alangkah indahnya dan bersyukurnya ibu apabila dapat naik Haji".. 
terus teringat pesan ibu dulu-dulu.... "lepas belajar di Universiti, harap dapat kerja yang gaji tinggi supaya dapat hantar ibu naik Haji".. 
Ibu dan ayah, maafkan anakmu ini kerana masih belum mampu membantumu untuk mengecapi impianmu.. Ibu dan ayah, maafkan aku kerana belum boleh mendapat kerja yang dapat membantumu dari segi kewangan..
maafkan aku ibu dan ayah..


akibat kerja, kebersamaan aku bersama mereka semakin jauh... jauh sejauh-jauhnya.. 
kebersamaan apa???
Usrah dan juga membuat Usrah.. 
Usrah untuk apa??? 
usrah untuk mengeratkan silaturahim, membincangkan masalah ummah, memperjuangkan agama Islam, hukum Islam dan lain-lain lagi.. 
maafkan aku... 
 kerana tidak mempunyai tenaga seperti kamu, mereka dan sesiapa sahaja yang mampu membuat usrah dan mengikuti usrah..

Aku berharap mereka faham kenapa aku sering tidak datang usrah dan buat usrah.. 
Aku turut berusaha untuk membuat Usrah.. 
aku harap mereka faham... 

 Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Manakah amal yang lebih utama?", Rasulullah s.a.w. menjawab; "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah." - Sahih Bukhari

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host