Saturday, August 20, 2011

Sindrom Pinjam Barang




Sahabat: Aam, pernah ka kawanmu pinjam barang??

Aku: Mestilah pernah.. Kenapa???

Sahabat: Ndak lah, aku ada kawan ni.. Dia selalu jak pinjam barangku.. Aku bagi pinjam la sebab kawan kan.. Tapi, yang ndak bagusnya tu, adakah barangku itu, dia buat macam harta sendiri dan lambaaaaat betul kasi' pulang..

Aku: Biasalah lah tu..



Apa yang akan anda lakukan sekiranya barang atau duit anda dipinjam oleh kawan, tetapi kawan buat macam harta sendiri dan tidak dipulangkan???

Pasti banyak yang pernah laluinya..
Aku menulis entry ini sebab kesian dengan seorang sahabat yang kena musibah macam ni..
Jadi, aku pun dapat idea untuk buat entry kali ini...

Langkah Pertama adalah dengan Berprasangka baik.
Sebagai seorang muslim, kita hendaklah sentiasa "Berprasangka baik" dengan sahabat kita itu.. Hal ini disebabkan Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka! Kerana sebahagian dari prasangka itu adalah dosa.
(QS. Al-Hujurat [49] : 12)

Dan Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda,
” Jauhkanlah dirimu dari prasangka buruk, karena sesungguhnya prasangka itu adalah perkataan yang paling bohong.” (HR. Muttafaq’alaih)



Cubalah bertanya dengan kawan kita itu tentang barang kita...Mungkin sahabat kita itu lupa..

Langkah Kedua adalah bertanya.
Cuba tanya tentang barang yang dipinjam oleh kawan kita dengan baik-baik..
Contohnya:
1: fulan, hari tu ko ada pinjam kan barang aku.. Aku mau guna bah barang tu..
atau
2: fulan, ko ada nampak ka barang (sebut barang anda yang dipinjam) aku??? Dulu aku letak di sini, tapi ndak ada pulak sudah..

Cara 1 boleh dilakukan sekiranya kawan kita ini boleh di bawa berbincang.. Cara 2 pulak sekiranya kawan kita ni jenis yang banyak kali kita minta balik barang, tapi selalu tidak dipulangkan..

Itu sekiranya barang yang di pinjam.. Bagaimana pula dengan DUIT??


Caranya adalah:
1: fulan, hari tu ko ada pinjam duit dari aku kan.. Aku mau guna bah duit tu ..
atau
2: Fulan, jom makan... Lepas makan, anda pun pura-pura la lupa membawa duit dan minta kawan anda yang membayarkan untuk anda
atau
3: Fulan, ko nak jalan pegi bandar ka???? minta tolong boleh ka??? Belikan aku barang (sebut barang yang anda mahu pesan).. FUlan, ko bayarkan dulu ya.. nanti aku potong dari hutangmu.. boleh kan....


Cara yang saya cadangkan adalah bergantung dengan situasi rakan anda dan bagaimana anda mengatasinya..
Apa-apa pun, semoga berjaya menghadapinya..


P/S: Sekadar berkongsi daripada pengalaman sendiri..

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host