Kisah ini menceritakan seorang ayah yang mempunyai seorang putera yang berusia lebih kurang 5 tahun. Ayah tersebut menghantar puteranya ke sekolah muzik untuk belajar piano. Ayahnya inginkan anaknya kelak menjadi seorang pianis yang terkenal…
Pada suatu hari, di kota tempat mereka tinggal, datang seorang pianis yang sangat terkenal dan tiket persembahan pianis tersebut habis dijual dengan cepat sekali. Sang ayah telah membeli dua tiket persembahan untuk dirinya dan juga puteranya. Pada hari persembahan tersebut, sebelum satu jam persembahan dimulakan, semua kerusi di dewan persembahan hampir penuh diduduki penonton. Sang ayah duduk dan puteranya duduk disampingnya. Kebiasaannya seorang kanak-kanak tidak tahan untuk duduk diam dalam jangka yang lama… Maka, ia pun menyelinap ke satu arah yang tertentu.
Ketika lampu diredupkan cahayanya sebelum persembahan dimulakan, sang ayah terkejut menyedari bahawa puteranya tidak berada disampingnya lagi…. Lebih mengejutkan lagi, sang ayah melihat puteranya sedang berjalan menuju ke piano yang terdapat di atas pentas persembahan. Tanpa rasa takut dan didorong rasa ingin tahu, putera kapada sang ayah tersebut duduk di depan piano dan mulai memainkan sebuah lagu, lagu kanak-kanak yang sering didengarnya, iaitu ‘twinkle-twinkle little star'.

Operator lampu sorot terkejut mendengar suara piano dan berfikir bahawa persembahan telah dimulakan. Lalu ia menyorotkan lampu ke tengah pentas, dimana letaknya piano tersebut. Seluruh penuntut terkejut kerana melihat seorang kanak-kanak kecil yang bermain piano dan bukannya seorang pianis yang sangat terkenal. Sang pianis juga terkejut dan ia bergegas naik ke atas pentas. Melihat kanak-kanak tersebut, sang pianis tidak marah, ia tersenyum seraya berkata, “Teruslah bermain”. Sang pianis duduk disamping kanak-kanak tersebut dan mulai bermain piano bersama bagi mengimbangi muzik yang dimainkan kanak-kanak tersebut. Sang pianis mengisi mengisi segala kelemahan muzik yang dimainkan kanak-kanak tersebut. Akhirnya tercipta suatu alunan muzik yang indah. Bahkan, mereka seakan bersatu dalam bermain piano. Ketika mereka selesai dengan persembahan, seluruh penonton memberikan tepukan yang gemuruh dan banyak jambangan bunga dilemparkan di atas pentas.
Kanak-kanak tersebut berkata sendirian, “Wah, baru sebulan belajar piano sudah jadi hebat!” Kanak-kanak tersebut lupa bahawa yang disoraki adalah sang pianis tersebut yang mengisi semua kekurangannya dan menjadikan alunan muziknya sempurna.
Jadi, apa kaitan kisah ini dalam hidup kita??????? Kadang kala, kita bangga akan segala rencana yang hebat kita lakukan, segala akitiviti-aktiviti besar yang sempurna kita lakukan dan juga apa yang kita lakukan berjaya… Tapi kita lupa, semua yang terjadi itu adalah kerana ALLAH SWT yang berada disamping kita. Kita umpama kanak-kanak tersebut dan tanpa ALLAH disamping kita, semua yang kita lakukan akan menjadi sia-sia. Tapi, apabila ALLAH ada disamping kita, sesederhana apapun hal yang kita lakukan dan hal tersebut akan menjadi hebat dan baik, bukan sahaja mendatangkan faedah buat diri kita, tetapi juga baik untuk orang disekeliling kita. Semoga kita tida pernah lupa bahawa ada ALLAH SWT disamping kita yang sentiasa mengisi kelemahan yang terdapat dalam diri kita.. Seperti Firman Allah SWT:
15 hours ago
11:17 AM
Ilhaam Bin Basri
Posted in: 


0 comments:
Post a Comment