Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.
Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan meletakkannya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia meletakkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan meletakkannya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, anakku?”
“Lobak, telur, dan kopi” jawab si anak.
Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk meminum kopi. Ia tersenyum ketika minum kopi dengan aromanya yang khas.
Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, Ayah?”
Ayahnya menerangkan bahawa ketiga-tiganya telah menghadapi kesulitan yang sama iaitu direbus dalam air yang mendidih, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.
“Kamu termasuk yang mana?,” tanya ayahnya. “Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?”


2 days ago
12:03 PM
Ilhaam Bin Basri
Posted in: 


2 comments:
Subhanallah..menarik entri ni. Semestinya kita semua nak menjadi individu yg dapat mengubah suasana agar lebih baik seperti biji kopi itu. Tetapi semua tu perlu tahap kesabaran n perhambaan yg tingi kpd Allah baru mudah utk terima sebarang bentuk tarbiyah dari Allah. Mintak izin nak review entri ni di blog ana boleh?
Dipersilakan Srikandi Al-Azwar...
Post a Comment